...

3 views

Sumpahan
"Ah tiada siaran yang menarik..." kata Azz lalu mengeluh. Dia mula berasa mengantuk dan akhirnya tertidur disofa yang terletak dihadapan televisyen. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Tiba-tiba Azz terbangun kerana terdengar bunyi dari televisyen. Azz melihat ada seseorang dikaca televisyennya. Wajah lelaki itu sangat menyeramkan.

"Dari mulut ke mulut, jika aku bersuara hukumlah aku..." ujar lelaki dalam siaran itu dengan suara yang sangat menyeramkan. Azz bingung. Tidak pernah dia melihat siaran itu sebelum ini.

"Dari mulut ke mulut, jika aku bersuara hukumlah aku? Apa maksud dia?" soal Azz sambil menggaru kepalanya. Dia tidak faham maksud ayat lelaki tadi.

Azz kembali tidur disofa. Azz tidar sedar bahawa dia telah diikat dengan sumpahan yang baru sahaja diungkapkan olehnya tadi.

Pada keesokan harinya, fikiran Azz masih lagi memutarkan ayat lelaki misteri semalam berkali-kali. Azz bertekad untuk memberitahu kawan-kawannya tentang kejadian malam semalam.

"Dari mulut ke mulut?" soal Farhan kepada Azz. Azz mengangguk. Farhan mengangkat sebelah kening manakala Azz hanya diam.

"Aku pelik part, 'jika aku bersuara hukumlah aku'. Macam ada sesuatu yang tersirat..." kata Faizal sambil memerah otak.

"Maksud kau, Zal?" muka Azz pucat. Farhan dan Faizal menyedari bahawa kawan mereka seperti dicekik oleh seseorang. Mereka tidak dapat membantu Azz kerana ada sesuatu yang menghalang pergerakan mereka.

Mereka hanya dapat menyaksikan kawan mereka, Azz mati secara menyeramkan dihadapan mereka. Kepala Azz, dipusing 360°, tulang belakangnya dipatahkan dan badannya dilipat. Badan Azz jatuh ke lantai.

"Ke-kenapa ha-hanya Azz?" soal Farhan yang masih trauma dengan apa yang menimpa Azz. Faizal cuba menenangkan kawan nya yang menangis tidak berhenti itu.

"Aku rasa khabar angin tu betul..." kata Faizal perlahan. Badannya mula menggeletar. Farhan menggoncang badan kawannya itu lalu bertanya, "Khabar angin apa?!".

"Sesiapa yang mendengar suatu sumpahan dan mengucapkan sumpahan itu, dia akan menerima akibatnya. Kita berdua juga ada sebut sumpahan tadi.." jelas Faizal kepada Farhan. Mata Farhan membulat.

"Tapi kemungkinan besar kita tak akan kena hukuman itu." ujar Faizal dengan senang hati. Farhan juga kembali ceria. Sebenarnya, Faizal hanya mendengar separuh sahaja khabar angin itu.

Khabar angin yang sepenuhnya mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang mengungkapkan sumpahan iyu akan ditimpa malang walaupun mereka hany mengungkapkan separuh daripada sumpahan itu. Sumpahan ini tidak akan terkena seseorang jika dia menyebutnya dalam hati.

© Daniel Loï