...

11 views

Cinta Puteri.
Tenang Puteri termenung diberanda istana melihat jauh ke kerajaan Ayahndanya yang megah lagi berkuasa.
“Kakak merenung apa itu"- Tanya Kasturi
“Tiada apa cuma rindu kepada seorang hamba"- Sayu keluar dari mulut Puteri.
“Kasturi mengerti..percayalah Dinasti Ming Ho akan bangkit tidak lama lagi!"
“Lagi Rakyatnya sekarang mahukan pewaris sebenar untuk menjaga mereka..Kasturi yakin Mihn akan merampas takhta itu kembali."- Kata Kasturi lalu pergi meninggalkan Puteri.

“Hamba sangat merindumu Mihn semoga tuan hamba baik saja disana.Hamba akan setia menunggu tuan hamba sehingga mata tertutup.Hanya doa hamba mampu kirim kepada tuan hamba Rajaku..."Bisik Puteri sambil mengelap air matanya.

Minh sedang asyik mengasah Pedang milik Ayahndanya tidak semena -mena angin hutan meniup lembut hinggap dipipi pewaris Raja itu.
“Bagaimana hari-hari mu dikau duhai Puteri ku..Semoga Puteri Hamba baik-baik saja Hamba disini berjuang demi cinta kita.."-Bisik Minh didalam hati.

Berkumpulnya Puak Tae Hing yang memberontak ingin dipimpim Raja sebenar diketuai oleh Minh.Dan pada malam Perang besar akan berlaku di antara Kerajaan Ming'Ho dipimpim oleh Raja palsu iaitu Ling'Su.
“Malam ini kita akan bermatian melawan Raja zalim ini..sudah banyak cucu kita dibunuh sudah ramai anak dara kita diratah kita tidak boleh diam!"-Berpidato Mihn di atas Seketul batu untuk menaikkan semangat pejuang-pejuangnya.

Mathari di timur kini sudah mula tidur bulan mula menampak wajah.Para-para pejuang Tae Hing kini bersiap bagi melakukan pemberontakan paling besar dalam sejarah Dinasti Ming'Ho.


~Bersambung.......