...

11 views

kaulah nyawa ku
Disuatu sudut yang jauh,
bersunyi sendiri memikirkan dahulu.
Seakan terkadang aku terlupa ...
aku terlupa dimana aku sekarang.

memikir dahulu penuh kejam,
gerimis tangis dahsyat terpenuh dendam,
seakan biol-biol kepala ingin menjadi raja,
dosa dan rakus sangat berleluasa,
terukir langit dan bumi bukan lagi tempat tinggal semua kita.
yang gagah berlagak raja,
yang perkasa lagi banyak dosa,
yang mulia sekadar lakonan bersahaja,
yang mengaku wira hanyalah sandiwara semasa.
langit dan bumi tidak jujur,
semua manusia seakan tidur,
dosa didepan mata satu tak tahu,
yang hidup kebanyakannya penipu.

màafkan aku kerana berjuang,
segala dosa dicerita didalam terang,
sedang siang masih panjang,
terpejam mata bukti pun terbang.

Tidak akan ada penyelamat dibumi,
sebenarnya yang hidup banyak menipu diri,
menyokong rakus dan berbuat keji,
dosa dan pahala tidak ada yang kenal lagi,

seribu janji dibuat hanya satu sahaja yang tepat,
iblis berdiam manusia terkena jerat,
syaitan menari-nari ketika menang itu dekat.

lahir aku bukan untuk cinta sahaja,
belas dan kasihan kepada yang ditipu mereka,
bongkar cerita permainan manusia,
menjadi sia - sia tiada yang percaya.
biar aku berdiam mereka yang bekerja.
biar tidak berbuat apa mereka kata aku pernah dengan dosa.
rakus dan kejam tidak boleh melakukan apa harus terhukum terima azab mereka.

Pada diriku benar-benar kehilangan.
akibat membantah sandiwara hukuman
senyuman manusia hanyalah lakonan
rupanya dihati sepakat dengan suara cinta idaman.
Barulah ku tahu musuh tertipu bukan satu,
sihir dan jampi penunduk segala penentangku.
fitnah dan cerita cuma khabar menjatuh semua yang tahu,
akhirnya segala yang ada terima nasib seperti aku.
Dosa jangan diucap kepada sesiapa,
yang menyokong rebah tahu wajah mereka,
tahulah syurga hanya manis mulut sahaja,
neraka rosak betul-betul didepan mata.
ada yang menjadi abdi mereka dengan terkena.
ada yang hanya jadi boneka memuaskan syahwat tanpa berkata.
menangis jauh sekali datangnya mereka dimanakah rumah kita.,
sekali ditinggal belakanglah kita...
sekali ditipu menangislah kita...
sekali melihat tahulah kita...
dimana disangkakan bumi tahu dimana kita berada.
aku berjuang pertahan semua,
banyak tertipu dijerat dunia,
masih aku terbau niat mereka,
dibuat fitnah untuk tutup cerita.
Aku berperang mendapat luka,
tambah dihati cederanya sebesar yang ada,...