...

3 views

Sedetik Waktu
Sedetik waktu,
Mungkin alpa di situ,
Bukannya salah kamu,
Bahkan bukan jua aku,
Mungkin kita sama kurang tahu,
Akan Petunjuk nan Satu,
Yang dikurnia tika waktu,
Boleh jadi Dia rindu,
Rindukan kekasih antara satu.

Sedetik waktu,
Walau mereka kerap bertemu,
Tapi bicara terkatup kaku,
Bukan kerna menggunungnya malu,
Cuma mungkin hormat pada ilmu,
Sementelah jiwa hebat itulah dirimu,
Mana mungkin mata saling beradu,
Hatta menatap wajah lidah terkelu,
Inikan pula bermadah merapu.

Sedetik waktu,
Menegur kamu bukannya aku,
Tapi Dia lah Al-Ghafuur,
Kerana rindu pada munajatmu,
Kerana cinta pada taqwamu,
Maka diturun ujian pada dirimu,
Biar nanti terbentang syurga didepan kamu,
Kerana Dia lah Al-'Afuw.

Sedetik waktu,
Kembalilah kamu pada Ar-Rauuf,
Untuk sekian kali dalam hidupmu,
Bukan aku mendabik tiada malu,
Cuma aku juga...
Sayang padamu.

Sedetik waktu,
Jika aku terlalu rindu,
Maka Dia lebih merindu.

Sedetik waktu,
Jika aku gagal menunggu,
Tapi Dia..

Sentiasa cinta padamu.


© ciklily