...

14 views

Sering kali kau ku tinggalkan
suara pipit pagi bercahaya,
terang siang jelas tanpa bicara,
angin diam berhenti bertiup serta - merta,
membawa ketenangan kembali semula.

Diam diri seakan kehilangan,
Teruk berfikir sampai akal kerosakan,
Teringat kerosakan sejak kebelakangan,
Bagaimana akibat ditanggung insan,
Bagaimana pula dibuat pembetulan,
Agar tidak terkena seluruh kemalangan.

Jauh diri sedalam lubuk hati,
imej mereka tiada lagi,
kehilangan manusia tepat dirasai,
cuma berfikir pada masa kini.

Ada keinginan kepada manusia dikembalikan,
mereka tidak terlena meletakkan pengawasan,
Bila aku kembali akan dihukumkan
manusia sekali lagi dijerat syaitan,
cerita yang tidak ada sengaja dihebahkan,
sensasi berbual memperkuat kepercayaan,
manusia ditipu meraih sokongan,
khabar angin dan fitnah dipercayakan,
yang tidak bersalah menjadi korban,
yang tidak mampu hanya berserah dan yang mengerjakan adalah syaitan,
langit dan bumi menjadi tidak aman,
hampir terlihat sebagai kawasan perkuburan,

siang dan senja bertambah sunyi,
Tiap malam menjadi bukti,
keluar simati hidup tanpa jasad lagi,
berkeliaran tanpa senyum hidup tidak murni,
meraih dendam selama dibuli,
habis umur dibuat cerita penuh dosa tidak pernah jadi,
yang hidup melakqr fitnah yang mati berdiam diri,

Pada hari itu bodoh yang bercakap,
yang menjadi wira suku kaum kurang adab,
yang menjadi dewa adalah biadab,
Cuba berkuasa keatas semua yang digelar
getah sekerap.

jadi manusia tidak terlepas lari,
jadi hantu apatah lagi,
mengesyaki ada cuba menjadi raja keatas kami,
dengan sihir dan segala jampi untuk memanipulasi,
agar leher manusia terikat mati,
dengan tali mengunci jiwa ini,
tiada yang menjawab kerana takut mati.

yang enggan dipukau kebenaran mana mau lari,
sijahat bercerita membawa saksi,
cerita didengar kaum sendiri,
salah atau tidak hukumannya mati.

langit dan bumi terpenuh sihir,
lari kemana dipenghujungnya tetap berakhir,
bersuara atau diam teriakan tidak didengarkan dan diseru juga dipanggil tiada yang hadir,
tiada pertolongan disitu ditamatkan disitu juga berakhir.

kita yang mati tiada yang tahu,
yang hidup menipu tiada yang tahu,
mengapa begitu akibat tiada yang tahu,
menambah cerita dan mengwar-warkan itu kebolehan mu,
dengan itu kami tetap buruk dari hidup sehingga mati tiada yang tahu.

Asal cerita sipembuat berpakat terlibat yang tahu dan merencana,
jadi apa sekalipun pandai-pandai tutup cerita,
tiada bukti jadi...