...

10 views

Pantai Kasih Rindu
Termenung daku dipinggir pantai,
Ditemani angin yang lemah gemalai,
Sedang asyik melihat ombak dipantai,
Rindu kepadamu tiba tidak disampai,

Bertelagah otak dan mindaku,
Dibawah minda dibalik jasadku,
Tuhan dan agama menjadi yang dituju,
Dunia dan harta pelengkap peluru,

Mencari serbuk emas demi anak cucu,
Semua peluh dan kudrat ku tabur ke penjuru,
Sedikit nila digaul sama budu,
Sebagai penyedap rasa didalam qalbu,

Duhai mawar indah di pokok sana,
Semoga kamu baik-baik sahaja,
Aku disini mencari sedikit harta,
Harta untuk anak cucu kita,


Walaupun dikau duhai mawar,
Masih bebas tanpa mengetahui cinta ku,
Hanya doa kukirim ku lewat sedar,
Kelak tiba masa ku jemput mu ke pelaminku,

Akhir kalam dari hamba yang fakir,
tidak harta namun jiwa,
berusaha mencari tuhan,
kadang kala kiri kadang kala menghala,